Sejak kamu hadir dalam hidupku. Terasa indah sungguh hidup ini. Kamu adalah insan yang paling berhati lembut tak pernah aku temui sepanjang hidupku. Kamu sanggup menderita demi kebahagiaan orang lain. Kamu sanggup menghabiskan masa mendengar segala luahan perasaan ku yang kadang kala saya akui saya berkasar terhadapmu.
Hari ini pengakuan darimu sangat membuat saya terharu. Sesungguhnya memori-memori lama yang kian pudar kembali segar. Memang saya akui saya sukakan kamu sejak mula kita berkenalan. Tapi sifatmu yang tidak mahu berterus terang itu, membuatkanku ragu-ragu akan keikhlasanmu mencintaiku. Memang salahku melepaskanmu dahulu. Tidak akan dapat ku undurkan masa itu walaupun teramat sangat saya kembali untuk membetulkan apa yang telah berlaku. Di saat itu saya meluahkan kata-kata perpisahan, dan reaksi darimu yang bersahaja memang sukar ditafsirkan.
Tapi apabila sampai kepadaku tentang keadaanmu yang begitu sedih akan kehilanganku dalam hidupmu, saya begitu tersentak dan terkejut. Sesungguhnya saya berasa sangat-sangat sedih, menyesal dan kecewa dengan diri sendiri pada waktu itu. Baru kutahu keputusanku membiarkanmu keseorangan ternyata SALAH. Saya kebingungan dan tidak tahu apa langkah seterusnya. Namun saya bertekad ingin membetulkan kerana YA! memang benar saya sayangkan kamu! keputusanku meninggalkanmu itu tidak bermakna saya tidak sayangkanmu. Maafkan saya kerana timing luahan perpisahan itu berlaku pada masa yang sangat-sangat tidak tepat. Maafkan saya sayangku.
Dalam kekeliruan itu saya tekad membuat keputusan untuk memilih kamu. I chose you over her. Because I know you won't hurt me and you won't leave me alone when I need you.
Berbalik kepada pengakuanmu malam tadi. Memang tidak kusangka, bahawa kamu sudah lama jatuh sayang padaku. Ketahuilah sesungguhnya sejak mula berkenalan denganmu saya sudah jatuh sayang padamu. Ingat lagi pada waktu mula-mula kita berkenalan, saya sehinggakan terbayang saya lah orang pertama menjadi pelawat mu di hospital membawa jambangan bunga ros dan sebakul epal hijau. Saya begitu tertarik dengan perwatakanmu yang selalu awak sebut sebagai brutal. hehehe.
Saya sayangkan kamu!