Aduh pening kepala aku.. Jam menunjukkan 3.30 petang. Serabut kepala aku memikirkannya. Baru sahaja aku meletakkan panggilan dari sebuah pusat tuisyen. Rasanya baru semalam aku hantar resume untuk menjadi tutor biologi. Hari ini salah seorang kakitangan pusat tuisyen itu menelefon aku meminta bantuan untuk mengajar satu slot KIMIA dari pukul 5.30 petang hingga 7.30 petang. Guru kimia yang ditugaskan untuk mengajar kimia pada waktu itu tidak dapat hadir kerana kecemasan. Serabut..serabut.. Kalau ya pun, roger la awal-awal kan..tapi dah nama kecemasan macam mana nak roger awal-awal..hehe.. Tapi entah kenapa aku terus setuju dengan pelawaan pihak mereka. Menyesal rasanya haha. Tapi memikirkan mereka yang dalam kesesakan kerana ketiadaan cikgu, aku fikir, "apa salahnya aku mencuba, bantai sajalah".
Aku diberitahu untuk mengajar bab carbon compound, bab 2 tingkatan 5 tak silap saya. Punya la kelam kabut saya study balik pasal bab tu. Tapi, bila sampai sahaja di sana. Berdebar-debar juga la rasanya kan. Dalam hati, "bedal je lah". Aku diberi borang kehadiran pelajar dan juga dua naskhah buku kimia milik guru yang tidak dapat hadir itu. Jam menunjukkan pukul 5.25 petang. Aku dimaklumkan tentang lokasi kelas oleh petugas di kaunter dan bab yang telah diajar. Aku terkejut bila petugas itu mengatakan bab carbon compound sudah sampai ke bahagian akhir. ALAMAK, aku tak study lagi bab REDOX iaitu bab seterusnya. Lantaklah..Aku bergegas naik ke atas.
Hanya dua murid sahaja di situ kelihatan. Sedikit demi sedikit kelas dipenuhi dengan pelajar yang 2/3 daripada mereka adalah perempuan. Crowd control adalah kelemahan aku. Apatah lagi aku tidak bersedia langsung untuk mengajar kimia. Aku cuma mengajar tentang "oil and fats" . Bab oil and fat itu tidaklah banyak. Tak sampai setengah jam sudah habis. Kemudian aku mati akal, tapi kugagahkan juga untuk menanyakan tentang bab-bab sebelum ini yang mereka tidak faham. Alkane, Alkene bla bla bla.
Mati akal lagi. Jam baru menunjukkan pukul 6.30 petang. Seorang pelajar memberi cadangan untuk mengadakan kuiz. Aduh! buku yang diberi petugas tadi, soalan-soalannya sedikit dan sangat tak mencabar. Kuiz itu dimenangi pihak perempuan dengan markah 50 berbalas 30. Pada jam 7 petang pelajar-pelajar itu mula menanyakan tentang aku. Aku tidak terfikir pun untuk memperkenalkan diri dengan lebih lanjut pada mulanya, cukup lah sekadar nama dan pekerjaan. Aduh. interview pun lagi senang dari soalan budak-budak ni. Ada seorang budak lelaki ni nama dia Akmal juga. Soalan dari dia sangat pelik, sebagai contoh, "cikgu dah kahwin?", "dah ada calon tak" dan macam-macam lagi. Aduh, meja cikgu dah la dekat sebelah kanan kelas memang depan-depan murid-murid perempuan. Nasib baik kulit aku tinted (bak kata fatimahdin), tak la nampak blushing kan.. hahaha.
Pening-pening. Cikgu! cikgu! cikgu!
Yang benar,
CIKGU
No comments:
Post a Comment