Saturday, 18 April 2015

Keyboard Warrior



Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan keyboard warrior? Keyboard warrior ialah ungkapan yang digunakan bagi merujuk kepada seseorang di dalam alam Internet atau alam maya. Seseorang yang dirujuk itu mempunyai sesuatu karakteristik yang begitu nyata. Kita boleh lihat di mana-mana pun di laman sosial, laman sesawang berita-berita, youtube, blog, mahupun di chatroom COC haha.

Apakah karakteristik seorang keyboard warrior? keyboard warrior ialah gangster besar Internet yang suka mengeluarkan kata-kata kesat, cacimaki, komen-komen negatif dan komen-komen yang langsung tidak memberikan faedah kepada masyarakat umum mahupun negara. 

Sebagai contoh, kita lihat perkongsian di laman-laman sosial tentang salah laku yang dilakukan seseorang, dan di sana kita dapat lihat betapa galaknya keyboard warrior ini bermaharaja lela. Anda seharusnya dapat membezakan antara keyboard warrior dan juga yang bukan keyboard warrior di sana. Majoriti yang dapat kita lihat di facebook ialah keterlambakan keyboard warrior ini yang terus bermaharaja lela. Anda-anda semua yang kenal ataupun pernah menjadi keyboard warrior ini pasti tahu apakah yang ada dalam kotak fikiran mereka. Saya akui, suatu masa dahulu, saya pun tergolong dalam salah seorang keyboard warrior ini. 

Apakah yang menyebabkan saya sedar? mungkin secara tidak langsung saya merasakan ungkapan keyboard warrior itu sendiri yang telah membuka mata saya. Namun yang lebih terkesan ialah, saya sendiri merasakan bahawa, omong-omongan dan kata-kata kosong di laman-laman sosial tersebut tidak akan mendatangkan satu kebaikan pun malahan keburukan lebih banyak dari itu. 

keyboard warrior ini tidak terhad kepada facebook sahaja, anda juga akan dapat lihat golongan ini di whatsapp, viber ataupun telegram. Golongan keyboard warrior ini dapat saya klasifikasikan mereka yang tergolong dalam orang yang suka share sesuatu yang tidak tahu asal usulnya mahupun kesahihan faktanya. Golongan-golongan ini hanya tidak memikirkan kesan baik buruk mengenai apa yang di share itu. Mereka hanya share sesuatu itu mengikut nafsu dan perasaan semata.

Bagi saya, seseorang itu akan terkeluar dari kelompok keyboard warrior, sekiranya komen-komennya di alam maya lebih positif dan membina dan tidak menggunakan bahasa atau isu yang boleh menyakitkan mana-mana pihak. 

Adakah anda salah seorang askar keyboard warrior? Periksalah aktiviti-aktiviti anda di alam Internet dan nilai lah sendiri dan jawab soalan di atas. 

Sekian,


Yang benar,

keyboard warrior

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. The Casino: Free Slots, No Deposit Bonus - Oyster
    Play now at the Casinos near me. The best casino free 사설토토 spins, no deposit bonus offers, 백 스트레이트 and 벳365 top-rated slots from our community of real money 룰렛 전략 players. 케이뱃

    ReplyDelete